B!la Allah MenDuGa KiTa.....

Posted Friday, 29 October 2010 by Fieza Hashim

Salam,,,,
Kepada semua pembaca Blogs ini,,,
Disini saya ingin meluahkan ape yang terbuku dihati...
Dalam kehidupan kita,,,tidak semua yang kita impikan akan tercapai...tidak semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan...Kadang-kadang perkara yang kita sangkakan baik tiba2 akan menjadi buruk,jernih akan menjadi keruh,dan begitulah sebaliknya..Kita hamba Allah S.W.T yang dipinjamkan sementara untuk menjadi pelakon di pentas dunia...Tidak kisahlah watak ape sekali pown yang kita bawa,,,hakikatnya tetap sama...Cuma yang bezanya cara penghayatan skrip yang dilakonkan...
   Di dunia,Allah telah menguji & menduga kita dengan pelbagai ujian dan cabaran..Tetapi kita lupa bahawa setiap ujian yang diturunkan ada hikmahnya yang tersirat...Kita hanya mampu mengeluh diatas ape yang terjadi..Kenapa kita tidak bersyukur dengan ape yang ditakdirkan..walaupun sepahit & sesukar mane pun kita perlu berdiri & bangkit dari semua kesusutan yang melanda...Setiap ujian yang diberikan akan mendekatkan kita pada-Nya...
   Dulu aku seorang yang lemah,,,aku tidak boleh menerima ape yang ditakdirkan...Aku tidak boleh menerima kekalahan hidup...sehingga aku jatuh terjunam dan tersungkur ke dasar lautan dan tidak mampu berenang ke permukaan...Kini,,aku sudah bangkit!!!aku sudah mampu berenang ke persisir pantai tanpa bantuan sesiapa kecuali Allah S.W.T...
Pengalaman mendewasakan kita...Aku sudah mampu mengharungi dugaan & cabaran...
Aku tidak kisah lagi tanggapan masyarakat..Biarlah aku sendiri dengan caraku...Asalkan ia tidak menyalahi undang2 dan syarak..
Manusia tidak mampu lari dari membicarakan hal orang lain kerana mereka tidak sedar bahawa mereka juga merupakan pelakon di pentas dunia...walaupun watak aku merupakan watak sampingan yang tidak menonjol didepan penonton,,aku redha kerana tarafku juga sama dengan mereka..seorang pelakon!bukannya director! pelakon utama tidak semestinya akan memenangi anugerah pelakon terbaik,,,pelakon tambahan kadang kala lebih hebat dari itu dan tidak mustahil ianya akan memenangi pelbagai anugerah..

Fieyza Hashim '10
  Setiap apa yang terjadi adalah ujian Allah S.W.T untuk menduga hambaNya...dan kita patut bersyukur kerana kita merupakan hamba-Nya yang terpilih untuk menerima ujianNya..Ini membuktikan bahawa Allah sayangkan kita...:-)

Post a Comment